PRU15: Penamaan calon: Bung Moktar minta semua bertenang

PRU15: Penamaan calon: Bung Moktar minta semua bertenang

Kota Kinabalu: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyeru seluruh pimpinan, ahli dan akar umbi parti di negeri ini supaya kekal bertenang mendepani hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), yang tidak lama lagi.

Beliau berkata, semua pihak juga diminta untuk terus berlapang dada dengan apa juga keputusan yang bakal diumumkan agar tidak melarikan fokus menyumbang kepada kemenangan kerusi di Sabah.

Jelasnya, tindakan tidak berpuas hati atau cubaan memboikot mana-mana nama calon berpotensi adalah satu keputusan bukan berpartisan dan bakal memberikan kelebihan kepada lawan.

“Sudah tentu, dua tiga hari ini adalah tempoh kritikal kerana ada sahaja berita atau khabar angin yang sengaja ditimbulkan bagi menggugat kemuafakatan kita.

“Saya menyeru semua pihak sama ada kepimpinan, ahli, akar umbi dan penyokong BN di Sabah supaya terus bertenang.

“Kita tunggu keputusan siapa calon-calon yang akan diketengahkan nanti, dan saya berharap semua pihak dapat menerima apa jua keputusan dengan hati yang terbuka demi kebaikan parti,” katanya.

Tambah Bung Moktar, BN Sabah kekal berada di landasan tepat untuk mengharungi cabaran PRU15.

“Seperti yang kita umumkan sebelum ini, calon-calon yang kita bakal ketengahkan adalah mereka terdiri daripada Winnerable, Acceptable.

“Maka saya berharap, PRU15 ini menjadi medan terbaik untuk menguji penerimaan rakyat kepada para pengundi untuk membuang undi kepada kita dan seterusnya menyumbang kerusi agar BN berjaya menakluki Putrajaya selepas 19 November depan, Insyallah, “katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|