PRU15: MUDA sah tanding di Kota Marudu

PRU15: MUDA sah tanding di Kota Marudu

Kota Kinabalu: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sah meletakkan calon atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sabah.

Parti pimpinan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu bakal meletakkan calon di kerusi Parlimen Kota Marudu.

Calonnya, Shahrizal Denci, 40, yang juga seorang usahawan adalah Naib Presiden MUDA.

Pengumuman calon tunggal MUDA itu dibuat Pengarah Pilihan Raya MUDA, Amira Aisya pada sidang medianya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Shahrizal dalam maklum balasnya di laman Facebook beliau, menyifatkan dinamakan sebagai calon Kota Marudu sebagai tanggungjawab yang sangat besar.

“Saya akan berusaha dan mengalas semua tanggungjawab dengan baik.

“Sebagai anak jati Sabah, saya percaya bahawa semua rakyat Kota Marudu berhak mendapat seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berdedikasi dan amanah.

“Oleh itu saya bertekad menawarkan khidmat dan bersedia untuk menyerahkan jiwa dan raga saya buat seluruh rakyat di Kota Marudu,” katanya

Semua parti komponen PH di Sabah membuat pengumuman calon masing-masing pada hari ini.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|