PRU15: Lima ditahan, 15 kertas siasatan dibuka

PRU15: Lima ditahan, 15 kertas siasatan dibuka

Kota Kinabalu: Lima individu ditahan dan 15 kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, lima individu berusia 18 tahun ke atas itu ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Katanya, semua ditahan atas kesalahan merusuh semasa hari penamaan calon di perkarangan pusat penamaan calon Dewan DSP Antanom Tenom, 5 November lalu.

“Semua individu yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan juga sedang kemaskini.

“Ia bagi tindakan selanjutnya termasuk merujuk kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas membuang undi di pusat mengundi Mes Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, hari ini.

Idris berkata, 15 kertas siasatan berkenaan adalah hasil daripada 85 laporan polis yang diterima sepanjang PRU15.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|