PRU15: Jawatan TPM dari Sabah jika BN menang

PRU15: Jawatan TPM dari Sabah jika BN menang

Kimanis: Barisan Nasional (BN) Sabah dicadang memasukkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dari negeri ini dalam manifesto tambahan untuk BN Sabah pada PRU15.

Perkara itu disuarakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya ketika merasmikan Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN Zon 3 Sabah, di sini, hari ini.

Katanya, tidak salah untuk memasukkan perkara itu dalam manifesto untuk Sabah kerana ia boleh dilaksanakan jika BN berjaya memperolehi mandat besar pada 19 November depan.

Beliau berkata, Malaysia juga boleh mengadakan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri yang mewakili tiga wilayah berbanding hanya seorang seperti kebiasaannya.

“Jawatan Timbalan Perdana Menteri sekarang tiada tapi saya cadang kepada Datuk Bung supaya letak dalam manifesto BN Sabah minta Timbalan Perdana Menteri dari rakyat Sabah.

“Tidak salah ada tiga Perdana Menteri, tapi kalau mahu kena pastikan BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang dengan dominan

“GRS jangan sabotaj calon BN dan BN jangan sabotaj calon GRS. Kita bekerja sebagai adik-beradik,” katanya.

Hadir sama pada program itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua UMNO Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengulangi cadangan itu dalam sidang medianya selepas itu.

Katanya, beliau yakin Ismail Sabri akan terima cadangan itu kerana jawatan TPM tiada ada dalam perlembagaan..

“Sebab itu jawatan TPM sekarang tiada, yang ada hanya menteri-menteri kanan, jadi tidak mustahil jawatan TPM ada.

“Jika BN menang dominan maka jawatan itu disandang oleh pemimpin Sabah, Sarawak dan Semenanjung,” katanya.

Mengulas perkara sama, Ismail Sabri berkata BN tidak pernah bohong dalam manifesto. Oleh kerana ini manifesto maka wajib akan kita laksana yang ditulis dalam manifesto,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|