Pemimpin GRS Penampang sedia berdepan cabaran PRU15

Pemimpin GRS Penampang sedia berdepan cabaran PRU15

Penampang: Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Penampang sudah bersedia untuk berdepan cabaran calon pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Kepayan, Jafery Jomion berkata, walaupun calon belum diputuskan pucuk pimpinan pusat GRS namun jentera pilihan raya sudah dibentuk.

Katanya, Pengerusi Penyelaras Parlimen Penampang, Kenny Chua sudah membentuk jentera Pilihan Raya Parlimen untuk kawasan berkenaan.

“Beliau turut mencadangkan Senator Datuk John Ambrose sebagai Ketua Bahagian dari Bersatu sebagai Pengarah Pilihanraya.

“Ketua Wanita Luvita kaisun dan Ketua Pemuda Mandela Malakun dari Bersatu dan dua Pengarah Operasi iaitu John Masabal, Ketua Bahagian PBS Moyog dan saya Ketua Bahagian STAR Kepayan yang bertanggungjawab mengatur semua jentera pilihan raya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat GRS di ITCC, hari ini.

Jafery berkata, setiap Bahagian komponen GRS yang dibentuk oleh setiap parti berfungsi sepenuhnya untuk memastikan kemenangan berpihak kepada GRS.

Katanya, John Ambrose juga sudah melantik Martin Lugu yang juga seorang bekas pegawai polis sebagai Pengarah keselamatan.

“Beliau akan bertangungjawab memantau dan mengawal pengundi hantu atau pengundi yang meragukan berikutan penambahan pengundi.

“Penambahan hampir mencecah 30 peratus dalam daftar pengundi di Penampang dan ia membimbangkan semua pemimpin GRS.

“Pada masa yang sama, Kenny Chua turut memaklumkan supaya jawatan atau pengarah jawatankuasa yang masih kosong akan dibentuk semasa mesyuarat GRS dan BN dalam masa terdekat yang dijangka diadakan pada minggu depan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|