Cari ketam, jumpa mayat

Cari ketam, jumpa mayat

Kota Kinabalu: Seorang pencari ketam terkejut selepas menemui mayat terdampar di tepi laut Teluk Sepanggar, di sini, malam tadi.

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui kira-kira jam 8 malam sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan berkenaan.

Mayat lelaki yang ditemui terdampar di tepi pantai Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.

Difahamkan, mayat yang dipercayai berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan memakai ‘goggles’ renang serta berseluar pendek dan bersarung tangan.

Turut ditemui ditempat kejadian sehelai baju yang diletakkan di atas batu di tepi pantai dipercayai milik mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Katanya, setakat ini siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada mayat mangsa.

“Mangsa dipercayai lemas ketika mencari ketam di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat, Ketua Polis Balai Manggatal, Sub-Inspektor Badrizaman Abdol Rahman,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|