PRU15: Janakuasa bergerak di setiap pusat penjumlahan undi – SESB

PRU15: Janakuasa bergerak di setiap pusat penjumlahan undi – SESB

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberi komitmen untuk memastikan bekalan elektrik di semua pusat penjumlahan undi bagi Piluhan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dalam keadaan yang stabil dan baik.

Bagi tujuan itu, syarikat utiliti berkenaan menyediakan sebanyak 26 janakuasa bergerak dan mudah alih sebagai pelan mitigasi untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor, berkata setiap janakuasa bergerak dan mudah alih itu ditempatkan di Pusat Penjumlahan Undi.

“SESB mahu memastikan proses pengundian untuk PRU15 ini berjalan dengan lancar dan tiada insiden gangguan bekalan elektrik berlaku yang boleh menjejaskan proses pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, seramai 500 anggota kerja SESB akan bertugas secara bergilir pada esok di semua Pusat Pembuangan dan Penjumlahan Undi, selain bersedia di BiliK Gerakan yang sudah diaktifkan di ibu pejabat syarikat itu di Wisma SESB, di sini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|