PRU15: Hampir melabuh tirai, BN/GRS wadah terbaik rakyat Sabah

PRU15: Hampir melabuh tirai, BN/GRS wadah terbaik rakyat Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berharap pengundi memilih dengan bijak platform terbaik dalam mentadbir negeri dan negara.

Sambil menyifatkan BN/GRS merupakan wadah tepat dan terbaik, beliau berkata, sudah tiba waktunya pemilihan ‘doktrin’ stabil dan makmur menjadi aspirasi rakyat untuk terus membangunkan negara ini.

“PRU-15 hampir melabuh tirai, kami dengan rendah diri menyeru kepada rakyat di luar sana untuk bijak memilih.

“Kita di BN/GRS bagi peringkat negeri Sabah berharap menjadi pilihan kepada rakyat supaya agenda pembangunan ekonomi dan sosio di negeri kita dapat teruskan lagi,” katanya.

Raime dalam pada itu menambah, kemuafakatan yang terjalin antara gabungan BN dan GRS dipercayai mampu memberikan impak positif kepada rakyat jelata seperti mana hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Saya percaya dengan ketokohan Datuk Seri Hajiji dan Datuk Seri Bung Moktar, kita lebih stabil di masa hadapan.

“Jangan terhasut dengan kata-kata nista pihak tertentu, terutamanya pembangkang kerana mereka sudah terbukti tersasar daripada perjuangan mereka apabila diberikan peluang memerintah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|