PRU15: Datuk Mo dicalonkan semula di Kimanis

PRU15: Datuk Mo dicalonkan semula di Kimanis

Kimanis: Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin bakal mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis atas tiket Barisan Nasional (BN) yang disandangnya sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada Januari 2020.

Pencalonannya diumunkan Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Zon 3, di sini, hari ini.

“Saya letakkan semula Datuk Mo di Kimanis,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata BN juga menghargai sokongan diberikan bekas Menteri Luar yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman kepada Mohamad untuk bertanding pada PRU15.

Terdahulu, Mohamad yang lebih mesra dipanggil Datuk Mo berkata, Anifah yang kini Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) menyatakan sokongan kepadanya untuk terus mempertahankan kerusi Kimanis.

“Datuk Seri Anifah kata, Mo don’t worry I support you. Penyokong PCS juga hadir pada program hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata pengumuman rasmi calon BN Sabah akan dibuat Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin serentak dengan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

-Deasoka

Share

Written by:

1,151 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!