PRU15: BN Sabah tanding 11 kerusi, GRS 13

Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masing-masing bertanding di 11 dan 13 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), manakala satu kerusi iaitu Beluran belum diputuskan.

Agihan kerusi itu diumumkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Menteri selaku Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor, pada Majlis Pengumuman Calon GRS – BN, di sini, hari ini.

BN bakal bertanding di kerusi Parlimen Kota Belud, Sepanggar, Putatan, Kimanis, Beaufort, Tenom, Kinabatangan, Libaran, Lahad Datu dan Kalabakan menerusi wakil UMNO dan diikuti Pensiangan diwakili Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Sementara itu, GRS bertanding di kerusi Parlimen Kudat, Sipitang, Papar, Ranau, Beluran, Batu Sapi, dan Semporna menerusi wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), diikuti wakil Parti Bersatu Sabah (PBS) di Kota Marudu, Tuaran dan Kota Kinabalu; Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di Keningau dan Penampang; serta Parti Maju Sabah (SAPP) di Tawau.

Hanya satu kerusi yang disandang Naib Presiden BERSATU yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran) belum diputuskan sama ada ditandingi GRS atau BN.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|