PRU15: BN, GRS disasar menang 15 kerusi

PRU15: BN, GRS disasar menang 15 kerusi

Sandakan: Perdana Menteri yakin Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu memenangi lebih 15 daripada 25 kerusi Parlimen di sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai calon Perdana Menter (PM) ke-10, beliau berharap sumbangan kemenangan calon Sabah bagi menguatkan kemenangan BN, termasuk di kerusi Larlimen Libaran, di sini.

“Sebagai calon PM ke-10, saya mengharapkan sumbangan Sabah terutama di zon lima ini. Saya percaya zon lima boleh sumbang tiga, empat kerusi dan Sabah keseluruhannya sumbang 15 kerusi.

“Kita sasarkann 15 kerusi termasuk di Libaran. Pembentukan kerajaan bergantung kepada kerusi di Sabah, jika Sabah gagal sumbang bermakna kita tidak mampu tubuh kerajaan dan akhirnya sekali lagi kita diperintah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak tunaikan janji, 22 bulan kita berhadapan dengan sengsara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program pemimpin bersama rakyat di Parlimen Libaran, di sini, hari ini.

Ismail Sabri tiba di sini, petang tadi dalam rangka program kempen PRU15 di Parlimen Libaran.

Hadir sama Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan calon BN kerusi Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir.

-Deasoka

Share

Written by:

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!