PRU-15 : PBRS letak 60 peratus calon muda muka baharu

PRU-15 : PBRS letak 60 peratus calon muda muka baharu

Sandakan: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan meletakkan 60 peratus calon muda dan muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini (PRU-15).

Pesidennya, Tan Sri Joseph Kurup, berkata calon muda adalah antara tuntutan rakyat pada masa kini, selain mengambil kira golongan berumur 18 tahun yang sudah dibenarkan mengundi.

Joseph Kurup merasmikan Pelancaran Bilik Gerakan BN dan PBRS Bahagian Sandakan.

Berikutan itu, katanya PBRS tidak mahu ketinggalan dalam memberikan peluang kepada golongan muda untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Di kawasan tertentu memang kita ‘target’ orang muda kerana rakyat mahu orang muda dan orang baharu. Rakyat tidak mahu orang lama kerana mungkin mereka sudah tahu tingkah laku mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis pelancaran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) dan PBRS bahagian Sandakan, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini pihaknya belum berbincang bersama komponen BN lain berkaitan pembahagian kerusi PRU-15.

Namun, katanya PBRS mahu pemimpin akar umbi parti itu bergerak memulakan kempen dan mencari ahli baru parti.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|