PRU-15: Jeffrey bakal pertahan kerusi Parlimen Keningau

PRU-15: Jeffrey bakal pertahan kerusi Parlimen Keningau

Kota Kinabalu: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan bakal mempertahankan kerusi yang disandangnya di Parlimen Keningau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada rakyat di kawasannya jika masih mahu menjadikannya sebagai wakil rakyat.

“Kalau rakyat masih mahu saya, saya akan mempertahankan,” katanya ringkas kepada pemberita selepas hadir pada majlis pelancaran airasia ride di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditanya kerusi yang akan ditandinginya pada PRU akan datang.

Beliau turut berkata, STAR juga sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding dalam PRU itu nanti.

Beliau dalam pada itu turut mengesahkan akan menambah kerusi STAR pada PRU-15 namun senarai calon belum lagi dihantar kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Sudah pasti (tambahan kerusi STAR). Senarai nama belum lagi (di hantar ke GRS),” katanya.

Pada PRU-14, Jefrrey memenangi kerusi Parlimen Keningau dengan 13,286 undi dalam pertembungan enam penjuru termasuk Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan (WARISAN).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|