PRU-15: GRS sokong calon BN

PRU-15: GRS sokong calon BN

Sandakan: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberikan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebaliknya BN juga akan memberikan sokongan yang sama kepada calon GRS bagi memastikan kemenangan semua calon GRS dan BN.

“Kerana itu saya ingin maklumkan bahawa apa jua yang kita persetujui apabila kita mendapat mandat daripada rakyat kita kena hormati.

“Kerajaan sekarang adalah kerajaan GRS-BN, kalau di Batu Sapi ini calonnya GRS, kita minta daripada BN juga sokong calon GRS.

“Kalau calon itu daripada BN, GRS juga akan sokong mereka kerana kita dalam satu kerajaan iaitu kerajaan GRS-BN,” katanya pada program Jelajah GRS Batu Sapi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama GRS-BN perlu dikukuhkan kerana rakyat Sabah mahukan kerajaan yang stabil dalam mendapatkan pembelaan.

“Rakyat kita mahu pembelaan, rakyat kita mahu satu kerajaan yang stabil politiknya. Kita sudah sebelum ini berpecah belah dan kalau kuta berpecah belah memang senang orang lain ambil kesempatan kepada kita.

“Kita mesti belajar daripada kesilapan politik yang lau dan kita tidak mahu itu berlaku lagi pada masa akan datang. Sebab itu saya bawa pemimpin yang hebat daripada parti tempatan di Sabah untuk sama-sama berjuang dalam GRS,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|