Kerjasama antara parti penting di Sabah – Hajiji

Kerjasama antara parti penting di Sabah – Hajiji

Sandakan: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menepis pandangan yang mengatakan kerjasama di antara parti sebagai tidak penting.

Sebaliknya, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, kerjasama atau gabungan parti sangat penting khususnya di Sabah kerana ia memiliki pelbagai kaum dan agama.

“Ini adalah satu wadah dan satu platform Sabah yang berbilang kaum. Ada pemimpin tertentu menyatakan tidak payah bergabung yang penting rakyat tetapi bagi kita, bergabung dengan parti yang mewakili kaum tertentu di Sabah amat tepat dalan perjuangan kita di Sabah ini,” katanya pada Program Jelajah GRS Batu Sapi, di sini, hari ini.

Justeru, beliau menyeru rakyat Sabah agar kekal memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Sebelum ini, Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatka kerjasama dengan rakyat lebih utama berbanding kerjasama dengan parti politik

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|