Bomba berjaya pujuk wanita cuba terjun dari tingkat 18

Bomba berjaya pujuk wanita cuba terjun dari tingkat 18

Penampang: Pujukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari tingkat 18 sebuah kondominium di Jalan Penampang Bypass, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.40 petang.

Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi didapati seorang wanita dipercayai cuba untuk terjun dari sebuah kondominium di tingkat 18.

“Anggota bomba kemudian memujuk dan menenangkannya sebelum berjaya menyelamatkan wanita terbabit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, wanita terbabit kemudian diserahkan kepada majikannya.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada 3.32 petang tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|