Pokok tumbang hempap rumah

Pokok tumbang hempap rumah

Tenom: Sebuah rumah di Jalan Lama Tenom, di sini, hampir ranap selepas dihempap pokok tumbang, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kematian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 2.15 petang.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Pokok tumbang berkenaan menghempap sebuah rumah sehingga menyebabkan anggaran kerosakan 50 peratus.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi mengalihkan pokok daripada rumah mengunakan gergaji berantai,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.36 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|