PRU-15: Agihan kerusi PH Sabah sudah diputuskan

PRU-15: Agihan kerusi PH Sabah sudah diputuskan

Tawau: Rundingan pembahagian kerusi Parlimen yang akan ditandingi Pakatan Harapan (PH) Sabah di antara PKR, AMANAH, DAP dan UPKO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah selesai dibincangkan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Sangkar Rasam, berkata rundingan itu membabitkan pembahagian 25 kerusi Parlimen.

Beliau bagaimanapun, berkata bagi PKR, calon yang akan bertanding masih dalam penilaian.

“Rundingan kerusi sebenarnya sudahpun dilakukan dan mendapat persepakatan serta persefahaman di antara parti komponen. Bagi PKR, siapa yang jari calon, kita masih dalam pencarian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program jelajah Pengerusi MPN PKR, di sini, semalam.

Beliau berkata pemilihan calon dilakukan dengan teliti bagi memastikan individu yang dicalonkan dapat memenangi kerusi masing-masing.

“Calon PKR belum ada kata putus sebab kita mencari dulu sumber tertentu sebab kita tidak mahu bila dicalonkan kita akan kalah, jadi kita mahu cari siapa individu yang berkelayakan untuk bertanding.

“Setakat ini belum ada perbincangan namun kuota sudah hampir selesai, cuma individu yang mahu bertanding belum lagi dipastkan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|