76 mangsa banjir terperangkap diselamatkan

76 mangsa banjir terperangkap diselamatkan

Penampang: Seramai 76 mangsa yang terperangkap selepas rumah mereka di Kampung Ketiau dan Taman Sentosa, Putatan dilanda banjir tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, 73 individu membabitkan 10 keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Komuniti Kospen Kampung Ketiau.

Pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap akibat banjir.

Manakala selebihnya tiga lagi mangsa dari Taman Sentosa Ketiau pula dibantu untuk berpindah ke rumah ahli keluarga di lokasi selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.53 tengah malam.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama jentera terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba terus menjalankan operasi memindahkan semua mangsa terlibat.

“Semua 76 mangsa daripada 11 keluarga yang diselamatkan membabitkan 31 lelaki, 43 wanita dan dua kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebaik semua mangsa berjaya dipindahkan, pasukan operasi menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.30 pagi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|