PRN Johor: UMNO Sabah hantar 400 anggota bantu kempen BN

PRN Johor: UMNO Sabah hantar 400 anggota bantu kempen BN

Pasir Gudang (Johor): UMNO Sabah menghantar jenteranya dengan kekuatan 400 anggota bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Empat kawasan DUN terbabit ialah Tiram dan Puteri Wangsa di Parlimen Tebrau serta Permas dan Johor Jaya di Parlimen Pasir Gudang.

Bung Moktar (dua kanan) dan Mohamed Khaled (tiga kanan) bersama calon BN DUN Permas, Baharudin dan rombongan UMNO Sabah mengaminkan doa sebelum bergerak ke pusat penamaan calon PRN Johor.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengetuai jentera berkenaan, berkata jentera UMNO Sabah akan memastikan keempat-empat DUN terbabit menjadi milik BN.

Katanya, walaupun berdepan pelbagai cabaran, namun beliau yakin kekuatan jentera UMNO dan BN mampu membawa perubahan terhadap sokongan pengundi.

Bung Moktar (tengah) bersama Mohamed Khaled (kiri) dan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Arifin ketika penamaan calon PRN Johor.

“Insyallah BN akan digemari pengundi jika maklumat dan kaedah kempen yang disampaikan dengan cara betul.

“Semua ini pen犀利士 ting kerana rakyat dan pengundi Johor menilai BN. Maka jentera parti mesti berkempen kepada keseluruhan rakyat Johor, bukan hanya kepada ahli parti sahaja. Tanggungjawab besar ialah memastikan pengundi di Johor bersama BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Baharudin Mohd Taib ketika penamaan calon di Stadium Tertutup Pasir Gudang, di sini, semalam.

Hadir sama Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Pasir Gudang, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata BN menggunakan cara berkempen secara berhemah dan berfakta sepanjang kempen PRN Johor yang bermula selepas penamaan calon, semalam.

Katanya, semua jentera BN sudah diingatkan supaya mengamalkan pendekatan berkenaan bagi mengelak fitnah dan memastikan maklumat disampaikan dengan tepat.

“Jentera BN mesti bertindak secara bijaksana dan wajar dengan mempelbagaikan pendekatan serta strategi bagi menghadapi pengundi Johor yang berbeza sikap dan pemikiran.

“Keadaan semasa mencabar dan situasi tidak sama, maka BN mesti bekerja lebih daripada kebiasaan dalam menghadapi PRN pada kali ini,” katanya.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata jentera BN tidak perlu terikut-ikut dengan budaya kempen parti lawan yang lebih banyak menabur fitnah dan melakukan serangan peribadi.

Katanya, budaya itu digunakan pembangkang ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sehingga rakyat terpengaruh.

“Selama mereka memerintah 22 bulan, rakyat berfikir, fintah yang mereka taburkan hanya senjata untuk meracuni pemikiran rakyat dan manifesto yang dijanjikan gagal dilaksanakan sehingga situasi politik kucar kacir dan ekonomi negara semakin terjejas,” katanya.

Sehubungan itu, Bung Moktar mengingatkan tanggungjawab besar jentera komunikasi dan penerangan UMNO BN untuk memahami latar belakang dan sikap pengundi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|