PPN Sabah Sambut Baik Jaminan Ketua Menteri Bangun Potensi Sipitang

PPN Sabah Sambut Baik Jaminan Ketua Menteri Bangun Potensi Sipitang

Beaufort: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah mengalu-alukan jaminan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) untuk mengembangkan lagi potensi Sipitang terutama dalam Industri minyak dan gas.

Pengerusinya Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, selain Industri minyak dan gas Sipitang juga amat berpotensi dalam sektor pertanian.

“PPN Sabah mengalu-alukan jaminan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang bercadang mengembangkan potensi Sipitang berdasarkan kemudahan untuk industri minyak dan gas yang tersedia.

“Kita juga berharap agar potensi kawasan Parlimen Sipitang dalam bidang pertanian juga dapat dikembangkan seiring dengan industri lain”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dan Calon GRS Sipitang, Datuk Matbali Musah di Bandar Mingo, kelmarin.

Mohd.Nazri berkata, rakyat khususnya di kawasan parlimen Sipitang perlu memberi mandat kepada calon kerajaan negeri yang bertanding atas tiket GRS, Datuk Matbali Musah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

“Tambahan pula, GRS juga akan mencadangkan supaya Matbali dilantik sebagai Timbalan Menteri Persekutuan jika memenangi kerusi berkenaan agar usaha membawa perubahan yang besar di daerah itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Justeru tidak ada sebab kenapa pengundi di Sipitang akan memilih calon parti pembangkang”, tegasnya.

Katanya, Matbali juga amat rapat dengan Pertubuhan Peladang (PP) dan banyak membantu pertubuhan itu terutamanya semasa menjadi Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia.

-Deasoka

Share

Written by:

1,541 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!