PPM tahan tiga PATI masuk perairan untuk beli minyak petrol

PPM tahan tiga PATI masuk perairan untuk beli minyak petrol

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah berjaya menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi Op Gelora, di perairan Boheian, di sini, kelmarin.

Dalam operasi kira-kira jam 4 petang itu, operasi yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai PPM Semporna berjaya menahan sebuah bot pam selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan terhadap bot berkenaan menemui tiga lelaki warga Filipina berusia 30 hingga 49 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua suspek gagal menunjukkan dokumen perjalanan diri yang sah.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek masuk ke daerah ini dipercayai untuk membeli minyak petrol sebelum diseludup masuk ke negara mereka.

Semua suspek terus ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|