PPM tahan tiga individu, rampas 100 kotak minyak masak bersubsidi

PPM tahan tiga individu, rampas 100 kotak minyak masak bersubsidi

Kudat: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan tiga individu dan merampas 100 kotak minyak masak bersubsidi yang disimpan dalam lori di sebuah taman di daerah ini, semalam.

Tangkapan dan rampasan ini dijalankan pasukan PPM Kudat dalam satu operasi terancang.

Minyak masak bersubsidi yang dirampas PPM Kudat. Pix Ihsan PPM 

Ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia 40 hingga 55 tahun adalah warga tempatan.

Hasil penahanan suspek ini membawa kepada penemuan 100 kotak minyak masak bersubsidi yang disimpan dalam lori tanpa permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kudat.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat dan diserahkan kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan keseluruhan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM134,350.

Kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|