PPM tahan nelayan guna bom tangkap ikan

PPM tahan nelayan guna bom tangkap ikan

Semporna: Seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas dipercayai menangkap ikan menggunakan kaedah bom ikan di Laut Sangaban, di sini, semalam.

Dalam operasi jam 5 petang itu, lelaki berusia 49 tahun terbabit ditahan bersama dua kilogram pelbagai ikan yang dipercayai hasil aktiviti bahan letupan.

Difahamkan, ketika ditahan, pasukan operasi turut menemui dua detonator, tiga fius, segulung benang dan mancis.

Semua bahan itu dipercayai digunakan untuk kegiatan mengebom ikan di kawasan laut berkenaan.

Suspek dan bahan rampasan kemudiannya dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut akan dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|