PPM tahan lelaki ‘tapuk’ minyak masak tanpa permit

PPM tahan lelaki ‘tapuk’ minyak masak tanpa permit

Kudat: Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat merampas beberapa kotak minyak masak bernilai RM3,612.50 dalam operasi terancang di sebuah rumah di daerah ini, semalam.

Dalam serbuan itu, PPM Kudat turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Anggota PPM memeriksa kotak berisi minyak masak yang disimpan tanpa permit.

Minyak masak berkenaan disimpan tanpa permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kudat.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat dan diserahkan kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM3,612.50 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|