PPM tahan 3 tekong, 11 PATI warga Filipina menerusi Op Gelora

PPM tahan 3 tekong, 11 PATI warga Filipina menerusi Op Gelora

Sandakan: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah berjaya mengekang aktiviti penyeludupan migran menerusi tiga kes tangkapan di perairan Pulau Libaran, di sini, semalam.

Operasi kira-kira jam 4 petang yang dijalankan anggota pasukan PPM Sandakan, turut menahan tiga bot.

Hasil pemeriksaan ke atas tiga bot itu mendapati tiga lelaki termasuk dua warga Filipina dipercayai bertindak sebagai tekong laut.

Manakala seramai 11 lagi adalah warga Filipina yang terdiri daripada lima wanita dan enam lelaki sebagai penumpang.

Semua suspek berusia lingkungan tiga hingga 60 tahun adalah warga Filipina dan gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

Semua suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|