PPM rampas petrol cuba diseludup

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas minyak petrol bernilai RM17,316 disyaki cuba diseludup keluar ke Filipina melalui perairan selatan laut Pulau Boheyan, di sini, hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohamad Ismail berkata, pihaknya bertindak menjalankan pemeriksaan ke atas bot yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, selepas pemeriksaan dijalankan menemui puluhan tong berisi minyak petrol.

“Jumlah nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM17,316.

“Rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu- alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|