PPM patahkan cubaan seludup rokok bernilai RM81,760

PPM patahkan cubaan seludup rokok bernilai RM81,760

Tawau: Cubaan menyeludup masuk 112,000 batang rokok tanpa cukai dianggarkan bernilai RM81,760 berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Tawau di tepi Pantai Tawau Lama, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, ketika Unit Risikan Marin yang dalam rondaan pemantauan melalui Op Kontraban dengan berjalan kaki di tepi kawasan pantai berkenaan mengesan sebuah bot yang mencurigakan.

PPM Tawau berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok bernilai RM81,760.

Ketika itu, beberapa individu sedang memunggah kotak keluar daripada bot berkenaan.

Menyedari kehadiran Unit Risikan Marin, bot dan individu terbabit bertindak melarikan diri.

Rokok tanpa cukai yang cuba diseludup masuk berjaya dirampas anggota PPM Tawau.

Hasil pemeriksaan terhadap kotak yang ditinggalkan mendapati sebanyak 11 kotak rokok pelbagai jenama ditemui.

Semua kotak rokok berkenaan mengandungi 112,000 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM81,760.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan rampasan berkenaan.

Katanya, semua rokok dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Tawau untui siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|