PPM gagalkan cubaan seludup petrol, diesel dan minyak masak paket ke negara jiran

PPM gagalkan cubaan seludup petrol, diesel dan minyak masak paket ke negara jiran

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan petrol, diesel dan minyak masak paket menerusi Op Gelora Khas, semalam.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, sepasukan polis daripada Unit Risikan Marin PPM Semporna menggunakan dua bot menjalankan tugas rondaan di kawasan perairan Tobo-Toba.

Sebaik menghampiri jeti di kawasan berkenaan mengesan kelibat individu dalam keadaan mencurigakan sedang memunggah barang ke dalam bot.

Selepas menyedari kehadiran polis, suspek bertindak melarikan diri ke kawasan hutan dan usaha mengesan suspek gagal.

Seterusnya pemeriksaan ke atas dua bot yang ditinggalkan menemui 1,720 liter petrol, 260 liter diesel dan 765 paket minyak masak.

Nilai rampasan barangan kawalan RM4,044 manakala jumlah keseluruhan rampasan termasuk enjin dan bot bernilai RM54,047.

Semua barangan kawalan itu yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|