PPM gagalkan cubaan seludup minyak masak paket ke negara jiran

PPM gagalkan cubaan seludup minyak masak paket ke negara jiran

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna mematahkan cubaan menyeludup keluar 510 paket minyak masak ke negara jiran apabila menahan sebuah bot pam, semalam.

Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, bot pam yang membawa muatan minyak masak berkenaan ditahan di perairan Boheian menerusi Op Gelora yang dijalankan.

Difahamkan, ketika kejadian suspek yang menyedari kehadiran bot ronda PPM terus memecut laju ke kawasan perairan cetek di Pulau Boheian dan gagal dikesan.

Bagaimanapun bot pam suspek bersama 510 paket minyak masak dirampas untuk tindakan lanjut pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Jumlah rampasan bot dan minyak masak dianggarkan bernilai RM10,121.25.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat penyeludupan minyak masak kepada PPM dalam usaha membantu mengekang penyeludupan keluar minyak masak melalui perairan ke negara jiran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|