Polis siasat video tular tiga individu gaduh

Polis siasat video tular tiga individu gaduh

Kota Kinabalu: Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti kejadian pergaduhan, Selasa lalu, membabitkan tiga individu di lampu isyarat berhadapan pusat beli belah Centre Point, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, pergaduhan membabitkan seorang suspek lelaki yang disyaki mabuk.

Katanya, suspek dirakam menumbuk seorang wanita sebelum bergelut dengan teman lelaki mangsa yang cuba membantu.

“Semasa kejadian, mangsa dikatakan baru saja pulang dari tempat kerja di sebuah restoran berhampiran tempat kejadian.

“Mangsa dan teman lelakinya dipercayai menuju ke pusat beli belah berkenaan sebelum berlakunya insiden berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, kejadian berkenaan turut tular di media sosial selepas dipercayai dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya.

Rakaman berdurasi 13 saat itu memaparkan seorang lelaki bertindak menyerang wanita berkenaan sebelum dibantu teman lelakinya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|