Polis sedang kesan kenderaan lawan arus di Jalan Pan Borneo Kinarut

Polis sedang kesan kenderaan lawan arus di Jalan Pan Borneo Kinarut

Papar: Polis sedang mengesan sebuah kenderaan yang dipercayai dipandu secara melawan arus di Jalan Pan Borneo dekat Kinarut, hari ini.

Video aksi pemandu kenderaan jenis Toyota Hilux itu tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak petang tadi.

Rakaman berdurasi 46 saat itu memaparkan seorang pemandu merakam aksi kenderaan itu yang dipercayai melawan arus.

Lelaki itu mendakwa kejadian itu berlaku di Jalan Pan Borneo Kinarut di mana kenderaan itu salah jalan dan tidak tahu apa masalah.

Papar Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, katanya operasi untuk mengesan pemilik kenderaan berkenaan giat dijalankan.

“Belum terima laporan polis tapi operasi untuk mengesan pemilik kenderaan giat dijalankan.

“Sekirannya orang ramai mengenali pemilik kenderaan itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|