Polis Sabah siap sedia hadapi PRU-15

Polis Sabah siap sedia hadapi PRU-15

Kota Kinabalu: Polis Sabah sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menerusi pelbagai latihan dalam perkhidmatan yang diadakan dari semasa ke semasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, latihan berkenaan dijalankan di setiap daerah bagi memastikan polis sentiasa siap siaga berdepan sebarang kemungkinan.

Idris ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan peringkat IPK Sabah.

Katanya, pihaknya juga sudah melakukan beberapa pertemuan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan keperluan serta persediaan menghadapi PRU.

“Setakat ini, belum ada ketetapan tarikh PRU akan dijalankan namun polis sememangnya sudah bersedia.

Idris mengambil gambar kenangan bersama petugas media dan penerima sijil penghargaan.

“Selain itu, kita juga menyedari terdapat penambahan pusat-pusat mengundi di Sabah dan sudah pasti ia juga memerlukan pertambahan keanggotaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan peringkat Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Idris berkata, pihaknya juga sudah melatih Sukarelawan Simpanan Polis (SSPDRM) bagi membantu ketika berlangsungnya PRU.

Katanya, pihaknya sudah mengenalpasti mereka yang bersedia untuk ditugaskan semasa PRU itu nanti.

“Kita mungkin akan memerlukan bantuan pasukan simpanan berdasarkan kepada pertambahan pusat-pusat mengundi di negeri ini.

“Jadi kita tidak berdepan sebarang masalah rumit, cuma apa yang diperlukan adalah lebih banyak kemudahan pengangkutan dan komunikasi.

“Ia kerana terdapat banyak kawasan terpencil atau terpinggir yang tidak mempunyai jaringan kemudahan internet atau komunikasi,”
Katanya.

Idris berkata, kemudahan perhubungan ini amat penting supaya dapat menyalurkan maklumat atau keputusan dengan lebih cepat dan tepat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|