Polis Penampang tingkatkan operasi kekang jenayah

Polis Penampang tingkatkan operasi kekang jenayah

Penampang: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang akan terus melaksanakan pelbagai kaedah pencegahan jenayah dan operasi bersepadu bagi memastikan daerah ini dan Putatan dalam keadaan aman dan selamat.

Semalam, Op Bersepadu Pencegahan Jenayah dilaksanakan yang memfokuskan kepada sekatan jalan raya iaitu Op Mabuk di dua lokasi berasingan.

Pegawai dan anggota yang menjalankan Operasi Bersepadu Cegah Jenayah malam tadi.

Operasi bermula jam 10 malam hingga 2 pagi tadi turut menjalankan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 Sabah di premis-premis perniagaan dan kawasan tumpuan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, operasi berkenaan membabitkan seramai 50 anggota termasuk pegawai itu dijalanlan bagi mencegah jenayah di kawasan ‘hotsport’ yang dikenal pasti di daerah ini dan Putatan.

Mohd Haris memberikan taklimat kepada pegawai dan anggota sebelum Operasi Bersepadu cegah jenayah dijalankan di Penampang dan Putatan.

Katanya, kehadiran pegawai dan anggota polis di kawasan berlakunya jenayah mampu mengekang pergerakan penjenayah daripada mengganggu gugat ketenteraman awam di daerah ini.

“Antara lokasi tumpuan di kawasan pekan Donggongon, Bundusan, Penampang Baru, dan Putatan serta beberapa kawasan tumpuan orang ramai.

Operasi Bersepadu turut memfokuskan kepada sekatan jalan raya iaitu Op Mabuk di dua lokasi berasingan.

“Selain itu, operasi turut memfokuskan kepada sekatan jalan raya iaitu Op Mabuk di dua lokasi berasingan di Jalan Penampang – Kota Kinabalu dan Putatan – Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di sekatan jalan, malam tadi.

Mohd Haris berkata, usaha ini juga mampu meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM yang sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan keamanan.

Mohd Haris memeriksa kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di Putatan.

Sementara itu, Mohd Haris berkata, hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 31 keping saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan trafik.

“Dalam operasi itu juga, memeriksa seramai 107 lelaki dan 33 wanita. Seorang lelaki ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Haris (kiri) bersama pegawai ketika melakukan tinjauan di sekatan jalan raya di Putatan.

“Operasi ini berterusan di masa akan datang dan orang ramai dialu-alukan untuk memberikan maklumat berhubung kegiatan jenayah dalam memastikan daerah ini aman dan selamat,” jelasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|