Sandakan: Dua rumah terbakar dalam kejadian di Lorong 2, Taman Merpati, di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.07 pagi.
Katanya, sepasukan 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikerah ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan dua rumah jenis kekal yang mana sebuah rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar 60 peratus.
“Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari tangki jentera,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta kerugian masih dalam siasatan.
-Deasoka