Polis kesan tiga kanak-kanak papar aksi bahaya dalam video tular

Polis kesan tiga kanak-kanak papar aksi bahaya dalam video tular

Semporna: Polis sedang mengesan tiga kanak-kanak yang terbabit dalam video tular melakukan aksi berbahaya dengan memanjat sebuah lori tangki minyak yang bergerak di jalan raya.

Video yang berdurasi satu minit 24 saat itu tular sejak semalam selepas dimuat naik di laman sosial facebook.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna menerusi laman facebooknya berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 6.08 petang, Rabu lalu.

Katanya, aksi berbahaya itu berlaku di Jalan Bubul, di sini, seperti yang tercatat dalam video berkenaan.

“Tular satu video tiga kanak-kanak memanjat sebuah lori tangki Petronas yang sedang bergerak di jalan raya.

“Berikutan itu, polis IPD Semporna sedang mengesan kanak-kanak terbabit dalam video berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil ke IPD Semporna bagi membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Pihak polis juga mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memastikan anak-anak berada di bawah pengawsan mereka.

“Perbuatan kanak-kanak terbabit boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

“Pihaknya IPD Semporna akan membuat pemantauan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang di masa depan dan akan mengambil tindakan tegas kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|