GLC digalak perbanyakkan program CSR

GLC digalak perbanyakkan program CSR

Kota Kinabalu: Semua pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digalakkan supaya memperbanyakkan lagi pelaksanaan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Yakub Khan berkata, program CSR amat diperlukan kerana ia dapat membantu golongan yang memerlukan.

Yakub pada Majlis CSR Telekom Malaysia (TM) Berhad Sabah di Masjid Al Mujahidin, Kampung Gudon, Manggatal.

Katanya, bantuan seperti ini mampu meringankan bebanan golongan sasaran yang sudah semestinya kurang bernasib baik.

“Saya berharap program mulia seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa di perkampungan yang lain.

“Saya juga menyeru kepada semua pihak terutamanya GLC supaya memperbanyakkan lagi pelaksanaan program berbentuk CSR untuk membantu lebih ramai golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis CSR, Telekom Malaysia (TM) Berhad Sabah yang diadakan di Masjid Al Mujahidin, Kampung Gudon, di sini, malam tadi.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengurus Besar TM Sabah, Datuk Mohd Sainal Mohd Amin itu menyampaikan sumbangan kepada seramai 50 penerima bantuan asnaf.

Yakub berkata, usaha baik yang dilakukan TM Sabah diharapkan dapat dicontohi oleh lebih ramai pihak selepas ini.

“Kerjasama seperti ini perlu diteruskan dan saya berharap lebih banyak GLC di negeri ini tampil membantu demi kesejahteraan mereka yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kelangsungan hidup.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|