Polis kesan pelajar terbabit pergaduhan tular di media sosial

Polis kesan pelajar terbabit pergaduhan tular di media sosial

Kota Belud: Polis sedang mengenal pasti semua pelajar yang terbabit dalam pergaduhan di perhentian bas, di sebuah sekolah menengah di Usukan, di sini, yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, video berdurasi 36 saat itu berlaku pada kira-kira jam 1.30 petang, Rabu lalu.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud akan mengambil tindakan untuk mengesan semua yang terbabit.

“Polis akan mendapatkan pelajar terbabit untuk memberi keterangan dan membantu siasatan lanjut.

“Setakat ini, punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Sehubungan itu, Shahrudin berkata, polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.

Katanya, ia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta dikhuatiri mengganggu siasatan lanjut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|