Pendaki Gunung Kinabalu alami sesak nafas diselamatkan

Pendaki Gunung Kinabalu alami sesak nafas diselamatkan

Ranau: Pendaki Gunung Kinabalu diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami sesak nafas dan sakit di bahagian perut dalam kejadian di laluan pendakian Kilometer 2.5, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 3.20 petang itu, wanita berusia 32 tahun dikatakan mengalami keadaan itu selepas turun dari puncak Gunung Kinabalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.30 petang.

Menurutnya, susulan laporan itu, sepasukan lapan anggota dan pegawai JBPM termasuk MOSAR, kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) dan malim gunung dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati mengalami sesak nafas dan sakit dibahagian perut sebelah kanan.

“Mangsa seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate dengan teknik usungan Neil Robertson Stretcher oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa diserahkan kepada anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 4.25 petang tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|