Polis kesan lelaki warga asing disyaki rogol remaja 14 tahun

Polis kesan lelaki warga asing disyaki rogol remaja 14 tahun

Tawau: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Kampung Apas Parit, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anak angkatnya dirogol oleh seorang lelaki dikenali.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 55 itu tinggal sekampung dengan mangsa dan telah lama mengenai suspek.

“Mangsa sudah dihantar ke Hospital Tawau untuk dirujuk dan menjalani pemeriksaan lanjut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek terbabit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Kesekaan.

Sebelum itu, tular di media sosial meminta orang ramai mengesan seorang lelaki didakwa telah merogol anaknya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|