Polis cari wanita saksi kes dadah

Polis cari wanita saksi kes dadah

Sandakan: Polis Sandakan sedang mengesan seorang wanita, Zuraida Sajail, bagi membantu perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Sandakan, pada 26 hingga 30 September ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dalam kenyataannya, di sini hari ini, memaklumkan alamat terakhir Zuraida dikesan di Kampung Bahagia, di sini.

“Wanita itu diminta tampil bagi membantu satu kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan saksi terbabit, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurfarahin Mohd Radzi di talian 010-2349084,” katanya.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

“Wanita terbabit pemegang dokumen IMM13,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|