Polis buru lelaki curi barang di kedai serbaneka

Polis buru lelaki curi barang di kedai serbaneka

Kota Kinabalu: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dirakam mencuri barang di sebuah kedai serbaneka di Inanam Taipan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tindakan memburu suspek itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis berkenaan.

Kelibat suspek yang dilihat dalam CCTV sebuah kedai serbaneka di Inanam Taipan, Kota Kinabalu.

Katanya, dalam rakaman CCTV itu, suspek berpakaian baju T warna merah, memakai pelitup muka dan membawa beg sandang, bertopi serta seluar panjang memasuki premis berkenaan jam 2.30 petang.

“Selepas itu, suspek dipercayai mengambil beberapa barang dan memasukkan ke dalam beg sandangnya lalu keluar dari kedai tanpa membuat pembayaran.

“Pekerja yang membuat pengiran barang dan mendapati barang di rak jualan telah berkurangan.

“Kerugian dianggarkan bernilai RM271.40,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, berikutan itu, pekerja terbabit membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan.

“Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mengenali suspek ini supaya dapat tampil membantu siasatan atau menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529222,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|