Pokok tumbang hempap kereta

Pokok tumbang hempap kereta

Kota Kinabalu: Seorang jururawat bernasib baik selepas kenderaannya yang baru saja ditinggalkan dihempap pokok tumbang di kawasan parkir Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, pemilik kereta Perodua Axia itu dikatakan sedang berjalan menuju bangunan hospital berkenaan.

CPasukan APM Kota Kinabalu mengalihkan pokok tumpang yang menghempap Perodua Axia di kawasan parkir HWKKS, Likas.

Bagaimanapun, jururawat wanita terbabit terkejut selepas dimaklumkan kereta miliknya dihempap pokok tumbang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.53 petang.

Kereta Perodua Axia yang dihempap pokok tumbang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai APM Kota Kinabalu terus dikerah bergerak ke lokasi untuk membantu.

“Sebaik tiba dilokasi, pasukan operasi mendapati kereta Perodua Axia rosak dibahagian tempat duduk pemandu akibat dihempap pokok tumbang.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan chainsaw,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi tamat jam 5.01 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|