Anwar umum Isnin depan cuti umum

Anwar umum Isnin depan cuti umum

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin depan (28 November) sebagai cuti umum sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri, hari ini.

Pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri, malam ini, beliau berkata perkara itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Sebelum membuat pengumuman itu, beliau berseloroh bahawa tiada cuti umum diberikan esok (Jumaat), sebelum menyambung penjelasannya bahawa beliau memutuskan hari Isnin cuti umum.

“Sebelum ini, saya janjikan cuti pada Isnin (21 November), namun kita tidak dapat bereskan (penubuhan kerajaan), dan (kini) kita sudah bereskan.

“Dan saya akan tepati janji dan anjakkan cuti ini ke minggu depan, iaitu Isnin,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|