Pokok tumbang hempap dua kereta

Penampang: Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap dua kereta di kawasan parkir Taman Vista Kiranau, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 petang dan menghantar sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke lokasi kejadian.

Katanya, kejadian membabitkan sebatang pokok tumbang dan tiada mangsa yang tercedera.

“Hujan lebat dan angin kuat menyebabkan pokok itu tumbang dan menghempap dua kereta jenis Proton Persona dan Perodua Kancil yang di parkir di kawasan itu.

“Seterusnya pasukan bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan chain saw,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, selepas tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 4.20 petang tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|