Pokok tumbang hempap bumbung pejalan kaki dan kantin sekolah

Tawau: Bumbung laluan pejalan kaki dan dapur kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbahrayaz, di sini, rosak akibat dihempap pokok tumbang, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 10.27 pagi.

Katanya, seramai lima pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba bomba mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap bumbung dapur kantin dan laluan pejalan kaki sekolah.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memotong pokok berkenaan menggunakan gergaji berantai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi ditamatkan pada 11.23 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|