Tuaran: Seorang Senator mewakli belia akan dilantik sebagai.pengktirafan kerajaan terhadap sumbangan.golongan berkenaan kepada negara.
Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika melancarkan sambutan Hari Belia Negara 2022 peringkat kebangsaan di Padang Pekan Tuaran, di sini, hari ini.
“Saya bincang dengan Menteri Belia dan Sukan bahawa pentingnya belia kepada negara, suara belia pasti didengari oleh kerajaan . Pandangan belia pastinya dihargai kerajaan kerana belia adalah masa depan negara.
“Untuk itu, bagi mendengar suara belia, pandangan belia, maka saya umumkan untuk melantik seorang Senator bagi mewakili belia di Dewan Negara.
“Saya percaya dengan adanya wakil belia di Dewan Negara, suara belia akan kita dengari secara terus dari wakil belia kerana masa depan negara bergantung kepada warga belia,” katanya.
Hadir sama ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin.
Pada masa sama, Ismail Sabri turut mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi melaksanakan aktiviti belia.
Peruntukan itu, katanya akan dikongsi dengan pertubuuhan belia yang lain.
-Deasoka