Piala Samora berlangsung gilang-gemilang

Piala Samora berlangsung gilang-gemilang

Kota Kinabalu: Hari pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Samora berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Padang Sukma, Kota Kinabalu, hari ini.

Kejohanan anjuran Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang diadakan buat julung kalinya itu disertai sebanyak 40 pasukan bagi dua kategori iaitu bawah 11 dan 12 tahun.

Dr Jelani membuat sepakan sebagai simbolik perasmian kejohanan Piala Samora di Padang Sukma, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Dr Jelani Hamdan.

Yang turut hadir, Naib Presiden, Datuk James Wong, Penolong Setiausaha Agung Tuan Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif Tuan David Wisom.

Setiausaha Agung SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan bergambar bersama semua pemain yang menyertai kejohanan berkenaan.

Datuk Dr Jelani dalam ucapannya berkata, kejohanan peringkat usia muda ini adalah landasan terbaik untuk mendedahkan sukan bola sepak kepada anak muda.

Katanya, ia sekaligus mampu melahirkan pemain berkualiti untuk masa depan cerah bola sepak negeri Sabah dan Malaysia khususnya.

Datuk Dr Jelani ketika menyampaikan ucapan.

“Menerusi penganjuran kejohanan seperti ini, ia bukan saja dapat membangunkan dan melatih lebih ramai pemain tetapi juga pegawai untuk pengurusan bola sepak yang baik.

“Kita berharap dengan usaha ini, lebih ramai pemain muda menyedari bahawa mereka mempunyai platform untuk bermain dan menggunakan peluang ini untuk pergi lebih jauh,” katanya.

Dr Jelani berkata, beliau percaya lebih ramai pemain berbakat yang belum dikenali akan dapat dikesan selepas ini kerana bola sepak adalah sukan yang paling diminati di negara ini.

Katanya, ia juga sekaligus dapat memupuk budaya sihat menerusi sukan kepada anak muda dan generasi akan datang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|