Piala Malaysia: Sabah FC tagih sokongan penyokong

Piala Malaysia: Sabah FC tagih sokongan penyokong

Kota Kinabalu: Pengurusan pasukan Sabah FC menyeru setiap penyokong setianya supaya hadir memberi sokongan bersemangat pada aksi Piala Malaysia menentang UiTM FC di Stadium Likas, Isnin ini.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, pasukan The Rhinos amat memerlukan sokongan padu dan sorakan gemuruh daripada penyokong.

Katanya, ia bagi memastikan usaha memburu kemenangan yang disasarkan pada aksi di laman sendiri kali ini dapat dicapai untuk ke peringkat seterusnya.

“Kita berharap semua penyokong dapat hadir beramai-ramai dan setakat ini penjualan tiket mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Semua penonton digalakkan hadir ke stadium seawal jam 6.30 petang bagi mengelakkan kesesakan pada perlawanan yang dijadualkan bermula pada jam 8.15 malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shamsuddin berkata, tiket boleh dibeli secara atas talian menerusi laman https://ticket.tickethotline.com.my/events/tickets/1710/purchase

Sehubungan itu, Shamsuddin berkata, pihak SAFA akan terus memandang serius terhadap pematuhan keselamatan termasuk pencegahan penularan Covid-19.

“Kita sekali lagi mengalakkan penonton yang hadir supaya memakai pelitup muka sepanjang perlawanan.

“Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga mensasarkan sekurang-kurangnya lebih 20,000 penyokong dan peminat bola sepak akan hadir pada perlawanan kali ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|