Peserta UMS menyerlah dalam pertandingan RoboNeo 2022

Peserta UMS menyerlah dalam pertandingan RoboNeo 2022

Kota Kinabalu: Penganjuran pertandingan RoboNeo 2022 menyaksikan pencapaian yang cemerlang daripada peserta Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Acara tahunan yang diadakan sejak 2014 itu penting dalam mempromosikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada masyarakat Malaysia, khususnya di Sabah.

Menerusi satu kenyataan media, UMS memaklumkan, pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Koo Jin Chu, telah muncul sebagai juara dalam kategori RoboNeo – Penjejak (Tracer) terbuka.

Dalam pada itu, UMS turut meraih kesemua tempat pertama hingga ketiga bagi kategori RoboNeo – Menangkap Bendera (Capture the Flag).

Tempat pertama telah dimenangi oleh Mohammad Helmi Mohamad Sayono, tempat kedua Muhammad Mazwan Saidul Fikrie Madzani @ Saidie, manakala tempat ketiga disandang Mohd Fauzan Kassim, kesemua mereka merupakan pelajar daripada Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) UMS.

Pertandingan RoboNeo 2022 yang berlangsung selama dua hari itu disertai kira-kira 150 peserta dan ia merupakan acara robotik anjuran Kinabalu Coders dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.

Namun, kali ini, penganjurannya turut diadakan dengan kerjasama Politeknik Kota Kinabalu, Kolej Komuniti Papar dan Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC).

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan dan Pembudayaan Sains KSTI, Musleha Khairunisa Muluk mewakili Menteri KSTI, Datuk Yakub Khan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|